Ahad, 16 Disember 2012

Rancangan Pengajaran Sains Tahun 5


PECAHAN 11
Pelan Pengajaran (RPH) & Refleksi – Makro Pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 5.

Tarikh
:
14 Mac 2012
Kelas
:
Tahun 5 Kualiti.
zzTempoh
:
60 Minit
Bilangan murid
:
30 orang
Mata pelajaran
:
Sains
Tema
:
Rantai Makanan
Liputan Kurikulum
:
1. Mengetahui jenis tumbuhan dan haiwan yang terlibat dalam Rantai Makanan.
2. Memperkenalkan istilah pengeluar, pengguna pertama (primer), pengguna kedua (sekunder), dan pengguna ketiga (tertiar).
3. Memperkenalkan simbol ‘            ’ yang bermaksud ‘dimakan oleh’.
4.  Membentuk Rantai Makanan.
Hasil Pembelajaran
:
Memahami Rantai Makanan sebagai hubungan makanan antara hidupan
Objektif Pembelajaran
:
Di akhir pengajaran ini, murid dapat :
1.    Membina sekurang-kurangnya tiga contoh rantai makanan.
2.    Memberi secara lisan sekurang-kurangnya tiga contoh pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertiar.

 Kemahiran saintifik (Kemahiran Proses Sains)
1.Membuat ramalan terhadap situasi yang diberikan oleh guru mengenai rantai makanan.
2. Berkomunikasi dengan rakan sebaya dan guru di dalam keadaan terkawal semasa aktiviti sedang dijalankan.

Sikap saintifik dan nilai murni
1. Hormat-menghormati dan bekerja sama antara guru dan rakan sebaya di dalam aktiviti pembelajaran.
2. Menghargai rukun alam bahawa sesuatu yang hidup boleh menjadi makanan kepada benda hidup yang lain.
Pengetahuan Perlu Ada
:
1. Murid perlu tahu tabiat makan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor.
2. Murid perlu tahu bahawa tumbuhan hijau boleh membina makanannya sendiri.
Keperluan Khas
:
Sebuah komputer dan satu projektor LCD untuk keperluan guru.
Persediaan Guru
:
-Persembahan Perisian Pembelajaran yang menunjukkan gambaran perkaitan Rantai Makanan.
-‘White Board’ yang mengandungi ruangan untuk menayangkan lagu ‘Bangau Oh Bangau hidupan dan makanannya.
-Kad Gambar yang menunjukkan simbol ‘          ’
-Kad Gambar yang menunjukkan contoh-contoh hidupan pengeluar, pengguna primer, pengguna skunder dan pengguna tertiar.
-Lembaran kerja yang meminta murid membina rantai makanan.


Langkah
Isi Pelajaran
Kaedah Penyampaian
Catatan
Permulaan
Arahkan murid membaca doa belajar.

Guru sediakan alat-alat yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Set induksi
Pengenalan kepada tajuk:


Rantai Makanan berlaku apabila suatu benda hidup dimakan oleh benda hidup yang lain.

Istilah:
Herbivor
Karnivor
Omnivor
Pasangkan lagu “Bangau Oh Bangau” dari youtube dan minta murid mendengar dengan teliti.

Minta murid jawab soalan berikut:
1)Haiwan apakah yang makan rumput?
2)Apakah makanan bangau?
3)Apakah istilah haiwan yang makan daging sahaja?

Perkenalkan tajuk pelajaran hari ini.
Strategi P&P:

Kaedah: Kelas
Teknik : Soal Jawab
Alat:
Lagu dari youtube
Komputer.
Kemahiran berfikir:
Kritis & Kreatif
Nilai:
Hormat menghormati
Langkah 1
Penerangan mengenai hidupan yang terlibat dalam Rantai Makanan.
Buat perkaitan tentang lagu tadi dengan tajuk bagi menjelaskan tumbuhan hijau (rumput) yang dimakan oleh haiwan herbivor (kerbau).


Minta murid pula memberi contoh haiwan yang makan herbivor (kerbau) secara lisan.

Minta berbincang dalam kumpulan satu jenis tumbuhan dan haiwan mengikut tabiat makan yang terlibat dalam lagu.
Strategi P&P:

Kaedah: Kelas
Teknik : Penerangan
Alat: Roll up White Board’


Kemahiran berfikir:
Kritis & Kreatif
Nilai: Yakin Diri
Langkah 2
Memperkenalkan istilah yang terdapat dalam Rantai Makanan.
Arahkan murid teliti kandungan perisian pembelajaran “Rantai Makanan” yang menunjukkan perkaitan antara istilah pengeluar, primer ,skunder dan tertiar.

Perkenalkan istilah berdasarkan contoh tumbuhan dan haiwan seperti dalam
1)Kelapa sawit - pengeluar
2)Tikus – pengguna pertama (primer)
3)Ular – pengguna kedua (sekunder)
4)Helang-pengguna ketiga (tertiar)

Minta murid beri contoh hidupan lain secara lisan dan membina perkaitan antara pengeluar, pengguna primer, pengguna skunder dan pengguna tertiar
Strategi P&P:
Pemerhatian
Kaedah: Kelas
Teknik :
 Penerangan
 Perbincangan
Alat:
Perisian Pembelajaran
 Komputer.
Kemahiran berfikir:
Kritis & Kreatif
Nilai:
Hormat-menghormati
Langkah 3
Menerangkan konsep:
‘      ‘  bermaksud dimakan oleh
Tunjuk simbol anak panah melalui kad imbasan dan jelaskan konsep arah anak panah dan maksudnya .

Minta murid lekatkan arah simbol anak panah pada contoh yang mereka berikan di ‘ White Board’ dalam langkah 1 menggantikan perkataan ‘dimakan oleh’.
Strategi P&P:

Kaedah:
 Kelas
Individu.
Teknik : Penerangan
Alat:
Kad Gambar
Papan putih
Kemahiran berfikir:
Kritis & Kreatif
Nilai: Yakin
Langkah 4
Perbincangan dalam kumpulan: Membina Rantai Makanan
Bentuk lima kumpulan dan lantik ketua.

Arahkan setiap kumpulan bina tiga Rantai Makanan pada lembaran kerja yang diberi.

Guru bertindak sebagai fasilitator dan beredar dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain.
Strategi P&P:

Kaedah: Kumpulan
Teknik :
Perbincangan
 Bimbingan

Alat: Lembaran kerja

Kemahiran berfikir:
Kritis & Kreatif
Nilai:
Tolong Menolong
Langkah 5
Pembentangan
Minta ketua membentangkan hasil perbincangan yang dijalankan dalam kumpulan.

Buat ramalan berdasarkan situasi yang diberi hasil pembentangan kumpulan.

Contoh situasi:
Apa akan jadi pada kambing jika rumput berkurangan?
Apa pula akan terjadi jika bilangan harimau bertambah?

Minta murid buat ramalan berdasarkan situasi yang diberi guru hasil dari pembentangan kumpulan.
Strategi P&P:
Hipotesis
Kaedah: Kelas
Teknik :
Penerangan
 Sumbangsaran
Alat: Lembaran kerja
Kemahiran Belajar: Kritis & Kreatif
Nilai:
Hormat Menghormati
Rumusan
Kesimpulan
Edarkan lembaran kerja 2 dan minta murid menjawab soalan dalam Lembaran Kerja dengan bimbingan guru.

Guru membincangkan kembali apa yang dipelajari hari ini.
Strategi P&P:

Kaedah: Kelas
Teknik : Bimbingan
Alat: Lembaran Kerja

Kemahiran Belajar: Kritis & Kreatif
Nilai: Bersyukur
Penutup
Membina Buku Skrap
Murid diarahkan membuat Buku Skrap dengan membina tujuh rantai makanan menggunakan gambar yang diambil dari majalah secara berkumpulan sebagai tugasan di rumah.
Minta murid membaca tasbih kifarah dan surah al Asr.

Rabu, 28 November 2012

Keperluan Asas Haiwan


Gambarajah keperluan harian haiwan- Arnab
Keperluan asas haiwan
-udara
-air
-makanan
-tempat tinggal

Haiwan seperti manusia yang  memerlukan air untuk mengawal suhu badan.
Haiwan juga memerlukan makanan untuk 
- mendapatkan tenaga
- membesar
- kekal sihat
Haiwan memerlukan udara untuk bernafas.
Haiwan memerlukan tempat perlindungan sebagai habitatnya untuk melindungi diri daripada bahaya dan perubahan cuaca (hujan, panas, ribut, sejuk),

Selasa, 27 November 2012

Analisis soalan bahagian A dan B UPSR

 TAHUN
TOPIK SOALAN
2000
1. Keperluan asas tumbuhan – air, udara, cahaya, nutrient(baja)
2. Habitat hidupan air – ikan
3. Putaran bumi di atas paksi – kajian tentang masa matahari terbit dan terbenam
4. Perubahan saiz bayang
5. Bahan yang menyerap air – Kajian pelbagai jenis tanah
2001
1. Pengurusan Alam – Kajian pencemaran air dengan berat ikan
2. Suhu – Peleburan ais
3. Pertumbuhan biji benih
4. Gambar rajah radas – Kajian suhu air
2002
1. Habitat semut
2. Tenaga Elektrik – Bilangan gelung dawai ( Haba )
3. Pengawetan makanan – Kriteria makanan rosak
4. Edaran planet-planet
5. Mesin ringkas – Bilangan takal dengan daya
2003
1. Pernafasan – Bilangan degupan jantung dengan saiz haiwan
2. Suhu air – Air disejukkan
3. Fasa-fasa bulan
4. Kadar keapungan -  kajian kuantiti garam
5. Kestabilan – Luas tapak
2004
1. Kepupusan hidupan - Graf
2. Tenaga elektrik – Kelajuan kereta mainan
3. Suhu- Kadar kelarutan bahan
4. Kekuatan ( strength ) – Bilangan lipatan kertas
2005
1. Rantai makanan
2. Konduktor dan penebat
3. Kebolehan menyerap air
4. Daya – Kajian daya geseran dengan bilangan roda
2006
1. Persaingan tumbuhan – Jarak pokok yang ditanam
2. Daya tarikan magnet
3. Sifat bahan - kekenyalan
4. Sejatan air
5. Perubahan saiz bayang
2007
1. Keperluan asas – makanan
2. Jarak pergerakkan kereta
3. Suhu didih dan suhu beku
4. Gerhana matahari
5. Kestabilan – Luas tapak
2008
1. Persaingan hidupan
2. Tenaga elektrik – Menyiasat kecerahan mentol
3. Sejatan air
4. Peredaran planet
5. Had keupayaan manusia
2009
1. Mikroorganisma – kajian yeast
2. Mengukur panjang dengan pelbagai alat
3. Kestabilan objek – saiz tapak
4. Fasa-fasa bulan
5. Daya – Kajian geseran dengan bilangan pensil
2010
1. Pencemaran udara – Kajian indeks pencemaran udara
2. Isipadu  – Mengukur isipadu guli dalam air
3. Sifat bahan (gas) – Kajian bilangan pam dengan saiz belon
4. Gerhana bulan – Perubahan bentuk bulan
5. Teknologi – Penggunaan mesin
2011
1. Kulat
2. Kelajuan
3. Keapungan
4. Planet
5. Gear
2012
1. Mikroorganisma
2.



ANALISIS TOPIK MENGIKUT TEMA SELAMA 10 TAHUN

INVESTIGATE
LIVING
THINGS
Tahun 4
Keperluan asas – makanan, air, udara, cahaya matahari, tempat tinggal
Respirasi haiwan, tumbuhan dan manusia
Pertumbuhan biji benih
Habitat
Tahun 5
Mikroorganisma
Rantai makanan + Siratan makanan
Tahun 6
Persaingan hidupan ; Tumbuhan dan haiwan
Kepupusan hidupan.
Pengolahan dan Pencemaran alam sekitar ; air, udara
Kepupusan hidupan.
INVESTIGATE
FORCE AND
ENERGY
Tahun 4
Menyukat jarak, luas, isipadu
Tahun 5
Suhu didih, takad beku
Tenaga elektrik
Cahaya – saiz bayang
Tahun 6
Kajian daya geseran
Kelajuan / speed
INVESTIGATE
METARIALS
Tahun 4
Sifat bahan konduktor dan penebat elektrik
Sifat bahan konduktor dan penebat haba
Kebolehan menyerap air
Keregangan bahan / kekenyalan
Keapungan
Tahun 5
Suhu
Sejatan air
Tahun 6
Pengawetan makanan
INVESTIGATE
EARTH AND
UNIVERSE
Tahun 4
Sistem solar – komponen dalam system solar dan fungsi
Peredaran planet-planet
Kejadian siang dan malam
Perubahan saiz bayang
Had keupayaan manusia
Putaran bumi
Peredaran bumi
Tahun 5
Fasa-fasa bulan dan ciri-ciri bulan
Tahun 6
Gerhana matahari
Gerhana bulan
INVESTIGATE
TECHNOLOGY
Tahun 4
Human limitations
Device to overcome human limitation
Tahun 5
Kestabilan objek ( stability )
-          Luas tapak
-          Ketinggian pusat graviti
Kekuatan objek ( strength )
-          Jenis bahan yang digunakan
-          Reka bentuk binaan
Tahun 6
Mesin ringkas




SOALAN SEBENAR 1997 HINGGA 2011.
1. Nyatakan kaedah penyebaran biji benih?
2. Namakan biji benih mengikut kaedah penyebaran?
3. Terangkan nama dan cara pembiakkan tumbuhan?
4. Apa itu suhu? Nyatakan unit mengukur suhu?
5. Sebab berlaku peningkatan suhu?
6. Apa itu luas? Nyatakan unit mengukur luas?
7. Apa itu Daya Geseran?
8. Apa itu kelajuan?
9. Terangkan proses sejatan dan bagaimana kadar sejatan boleh dipertingkatkan?
10. Fenomena putaran bumi di atas paksi?
11. Fenomena apabila bumi beredar ?
12. Apakah itu buruj?
13. Fungsi buruj, namakan?
14. Fungsi alat-alat berikut ; Binokular, teleskop, mikroskop, stateskop, periskop,
     kanta pembesar, prisma kaca,
15. Apa itu kestabilan?
16. Nyatakan faktor kestabilan?
17. Arah putaran bumi?
18. Arah terbit dan terbenamnya matahari?
19. Apa itu asteroid?
20. Nyatakan sifat-sifat bahan berasid, beralkali dan neutral?
21. Terangkan sifat pepejal?
22. Terangkan sifat cecair?
23. Terangkan sifat gas?
24. Apa itu bahan lut sinar dan berikan contoh?
25. Apa itu bahan lut cahaya dan berikan contoh?
26. Apa itu bahan legap dan berikan contoh?
27. Apa itu rangsangan dan gerakbalas?
28. Apa itu Tabiat Pemakanan?
29. Nyatakan organ respirasi haiwan? Sebutkan nama haiwan tersebut?
30. Apa itu kekuatan?
31. Bagaimana sesuatu binaan kuat?
32. Bahan boleh berubah dari pepejal menjadi cecair dan cecair menjadi gas.
     Namakan proses yang terlibat.
33. Ceritakan kebaikkan dan keburukkan geseran.
34. Terangkan proses dalam kitaran hidup bagi;
              Rama-rama, belalang, nyamuk, katak
35. Terangkan arah dan perubahan saiz bayang?
36. Apa itu pemuliharaan?
37. Apa itu pemeliharaan?
38. Apa itu pantulan cahaya?
39. Namakan alat yang menggunakan prinsip pantulan cahaya?
40. Apakah itu konduktor dan penebat elektrik?
41. Apakah itu konduktor dan penebat haba?
42. Terangkan 4 gerakbalas tumbuhan?
43. Terangkan kemandirian spesies?
44. Apa itu kekenyalan?
45. Apa itu perkumuhan? Nyatakan bahan kumuh
46. Apa itu penyahtinjaan?
47. Terangkan proses pernafasan manusia?
48. Kebaikkan dan keburukkan mikroorganisma.
49. Apa itu tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak oleh diperbaharui?
50. Mengapa haiwan hidup bersendirian dan berkumpulan?
51. Apakah itu persaingan dan nyatakan punca persaingan hidupan?
52. Nyatakan bentuk-bentuk kemusnahan alam?
53. Huraikan sifat dan kesan daya
54. Terangkan ciri-ciri makanan rosak
55. Keadaan yang sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma
56. Apakah alasan proses pengawetan makanan dilakukan.
57. Bahan yang boleh mereput
58. Bentuk-bentuk proses pengawetan makanan
59. Maksud kemandirian spesies.
60. Terangkan proses perubahan fasa-fasa bulan.

Sumber : Sk Gemang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...